feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
Selamat datang ke eDymium Portal
Jika anda berminat atau ingin bertanya mengenai eDymium, sila sms/call:
Khairul (0122779644/0132213994) atau email: edymiumhebat@yahoo.com
Izuan (0199892659/0169032659)
atau email: park_onez@yahoo.com
Kami perlukan pengedar diseluruh negeri..Segera!!

(Sila muat-turun katalog untuk melihat produk gelang secara detail.)

Hukum Lelaki memakai Gelang Bio Magnet

Labels:

Harus lelaki memakai gelang untuk berubat
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

SOALAN 1
Baru-baru ini saya telah ditunjukkan sejenis gelang tangan yang bermagnet di mana ia mampu menstabilkan ion-ion di dalam aliran darah badan kita. Secara tidak langsung ia dapat memberi kebaikan dari segi kesihatan dan juga dapat menyembuhkan beberapa penyakit dengan izin Allah.

Saya ingin tahu apakah hukumnya bagi kaum lelaki untuk memakainya untuk kebaikan kesihatan?

JAWAPAN:

Islam menegah umatnya dari kalangan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Namun sekiranya gelang magnet ini terbukti manfaatnya dari sudut perubatan dan diperakui keberkesanannya, maka ia harus dipakai oleh orang lelaki dengan tujuan berubat.

Di dalam Islam, ada kalanya Islam mengharuskan perubatan dengan perkara haram atau bahan yang haram. Cuma kaedah fikah mendasari perkara ini “sesuatu darurat (keperluan yang mendesak) diukur mengikut kadar keperluannya.”

Maksudnya gelang itu dipakai mengikut keperluan sahaja. Saya juga ada melihat orang lelaki memakai gelang tangan yang difahamkan dapat membantu kelancaran pengaliran darah. Asalkan gelang itu direka khas dan bentuknya untuk orang lelaki dan dimaklumi sebagai gelang membantu pengaliran dan kelancaran darah.


p/s: Sila buat rujukan sendiri untuk mengelakkan dari keraguan

"Apa saja yang meragukan dan masih was-was maka hukum tetap jatuh haram walaupun pada asalnya ianya halal". Jadi carilah ilmu dan kepastian dalam ilmu untuk menghilangkan rasa was-was. Mudah-mudahan kita manusia terpilih untuk diberi hidayah ALLAH SWT."



0 comments:

Post a Comment