feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
Selamat datang ke eDymium Portal
Jika anda berminat atau ingin bertanya mengenai eDymium, sila sms/call:
Khairul (0122779644/0132213994) atau email: edymiumhebat@yahoo.com
Izuan (0199892659/0169032659)
atau email: park_onez@yahoo.com
Kami perlukan pengedar diseluruh negeri..Segera!!

(Sila muat-turun katalog untuk melihat produk gelang secara detail.)

Jutawan Pertama eDymium

Labels:





Bukti Income 4

Labels:





Bukti Income 3

Labels:





Bukti Income 2

Labels:





Bukti Income 1

Labels:





Demo 6

Labels:





Testimoni Penguna Magnet Terapi 3

Labels:





Testimoni Penguna Magnet Terapi 2

Labels:





Testimoni Pengguna Magnet Terapi

Labels:

Video ini adalah testimoni dari salah seorang pesakit yang mengunakan magnet terapi.







Ustaz Ismail Kamus: Hukum Gelang Perubatan

Labels:





Demo 5

Labels:





Demo 4

Labels:





Langkah2

Jika anda ingin membeli gelang bio magnet eDymium, sila ikuti langkah-langkah mudah dibawah:

1) Sila emailkan/sms nama anda, alamat rumah yang lengkap, kod produk dan kuantiti.
2) Sila depositkan/bank-in wang mengikut jumlah kos gelang terbabit.
3) Email/sms butiran resit termasuklah masa, tarikh, lokasi, dan jumlah
4) Jika pihak kami menerimanya, produk anda akan dihantar dalam masa tujuh hari bekerja.

Jika anda ingin menjadi agent kami, sila ikuti langkah-langkah mudah dibawah:

1) Sila email/sms nama anda, alamat rumah yang lengkap, jumlah lot, kod produk, alamat email dan akaun bank.
2) Deposit/Bank-in jumlah kos produk.
3) Jika pihak kami menerimanya, kami akan menghantar sms/email butiran anda termasuklah username dan password.
4) Produk anda akan sampai dalam masa tujuh hari bekerja.

"Rebutlah peluang ini, menjaga kesihatan sambil menjana pendapatan!!"



Hukum Lelaki memakai Gelang

Labels:

Persoalan yang akhir-akhir ini menjadi hangat semenjak ramai yang menggunakan Gelang terapi magnet Edymium.

Jawapan yang Pertama (JAKIM)

Soalan:
saya seorg. lelaki dan memakai gelang magnetik stainless steel.jenis dymium utk tujuan perubatan. adakah ianya berdosa sebab saudara mengatakan memakai gelang menyerupai wanita. kalau berdosa tolong buat fatwa. sebab sekarang ini ramai yg pakai gelang jenis ini.. insan keliru..

Jawapan:
Hukum lelaki yang memakai gelang magnetik tersebut adalah harus kerana ianya bertujuan untuk perubatan dan bukan termasuk dalam bahan perhiasan dan tidak berniat untuk menyerupai perempuan..

Status : Selesai - Paparan Web.
Nombor Rujukan : PANEL SJAI 140907
Tarikh Selesai : 14/09/2007 11:11 AM

Nota:
1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
2. Setiap borang yang dihantar hendaklah mengandungi hanya satu soalan sahaja.
3. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

JAWAPAN YANG KEDUA ( JAIS)

Sumber



Hukum Lelaki Memakai Gelang Untuk Perubatan

Labels:

Ustaz Abdul Kadir bin Sahak

Benarkan Islam melarang berubat dengan memakai gelang? Ada sebahagian orang yang mendakwa Nabi saw melarang berubat dengan memamai gelang berdasarkan hadith riwayat Ahmad bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat di pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang diperbuat daripada tembaga, maka baginda bertanya kepada lelaki berkenaan, Apakah bendanya ini?” Lelaki itu berkata: “Ia adalah gelang perubatan, buangkan benda itu dari diri anda, jika sekiranya anda mati dan benda itu ada pada diri anda, maka anda tidak akan berjaya selama-lamanya.” (Hadith Sohih yang ke-19,885 riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya)

Jawapan:

Oleh: Mohamad Abdul Kadir bin Sahak

Hadith yang saudara maksudkan diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya demikian juga Ibn Majah di dalam Sunannya. Hadith ini diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain, Lafaznya ialah:

أن النبي -صلى الله عليه وسلم- رأى رجلا في يده حلقة من صفر فقال: ما هذه? قال: من الواهنة، قال: انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنًا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدًا

Maksudnya lebih kurang: “Bahawasanya Nabi saw telah melihat seorang lelaki di tangannya ada gelang daripada tembaga, Nabi saw bertanya: “Apakah ini?” Orang itu menjawab: “ianya daripada al-Wahinah.” Sabda Nabi saw: “Tanggalkannya segera, sesungguhnya dia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan, sesungguhnya jika kamu mati dan gelang itu ada padamu, kamu tidak akan berjaya selama-lamanya.”

Dalam hadith ini tidak disebut siapakah lelaki yang memakai gelang tersebut, namun di dalam al-Mustadrak al-Hakim dinyatakan lelaki tersebut ialah ‘Imran bin Husain sendiri.

Tentang hadith ini para ulama berbeza pendapat akan kesahihannya. Hadith ini diriwayatkan daripada al-Hasan daripada ‘Imran bin Husain. Para ulama berbeza pendapat apakah al-Hasan (الحسن) benar-benar mendengar daripada ‘Imran bin Husain (عمران بن حسين) ataupun tidak. Demikian juga di dalam hadith ini ada periwayat yang bernama Mubarak bin Fadhalah (مبارك بن فضالة), ia juga diperselisihkan di kalangan ulama hadith. Kesimpulannya para ulama tidak sepakat dalam mensahih dan mendhoiefkan hadith ini.

Jika kita mengambil pendapat ulama hadith yang mensahihkan hadith tersebut, tinggal kepada kita untuk benar-benar memahami maksudnya sehingga kita boleh berhukum dengannya dengan cara yang betul. Perkara ini perlu supaya kita tidak keras mengharam sesuatu yang sebenarnya tidak haram seperti yang kita sangka.

Al-Syeikh Soleh bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan menyebut, pertanyaan Nabi saw: “Apakah bendanya ini.” Yang zahir, pertanyaan ini adalah pertanyaan yang menunjukkan pengingkaran, namun dikatakan juga pertanyaan Nabi saw itu adalah untuk mengetahui tujuannya memakai gelang tersebut.

Manakala jawapan lelaki tersebut: “ianya daripada al-Wahinah.” Membawa maksud, aku memakainya untuk mengelakkan al-Wahinah, untuk dia melindungi aku daripadanya (yakni melindungi daripada al-Wahinah). Al-Wahinah adalah penyakit yang kena pada tangan, dinamakan di kalangan orang Arab dengan al-Wahinah, termasuk di dalam kebiasaan mereka memakai gelang untuk berlindung daripada kesakitannya dan mereka percaya gelang tersebut akan melindungi dari penyakit tersebut.

(Sila lihat di sini:Klik disini)

Al-Syeikh ‘Abdul Hakim (Kuliah al-Syariah Uni. Al-Imam Muhammad bin Saud) di dalam laman islamtoday berkata: Para ulama berbeza pendapat tentang maksud al-Wahinah, namun mereka bersepakat akan illah (sebab) larangan tersebut… Ulama telah bersepakat bahawa illah (sebab) larangan tersebut ialah kerana orang menjadikannya (al-Wahinah) seperti tangkal, yang terdapat larangan menggantungnya.

(Sila lihat:klik disini)

Berdasarkan fatwa ini, ia menunjukkan larangan memakai al-Wahinah yang ada di dalam hadith tersebut bukanlah semata-mata kerana ianya gelang, dan bukan juga larangan dari berubat dengan gelang. Sebaliknya larangan tersebut disebabkan ia dipakai dan dianggap seperti tangkal bertujuan memelihara diri dari penyakit. Tangkal yang dianggap boleh berubat ini, yang dinamakan sebagai al-Wahinah oleh orang Arab tidak ada sebarang bukti menunjukkan ia boleh menghalang dari penyakit samaada bukti dari Nas Syara’ (al-Quran atau al-Hadith) mahupun penemuan sebab-sebab dia boleh bertindak sebagai ubatan. Kerana itu ia dilarang oleh Nabi saw. Ringkasnya larangan itu adalah disebabkan tangkal yang tidak ada bukti berperanan sebagai pengubat melainkan khayalan dan khurafat semata.

Maka apabila terdapat nas Syara’ atau penemuan saintifik yang dapat membuktikan sesuatu bahan seperti logam atau seumapamanya yang jika dipakai dibadan dapat melancarkan perjalanan darah atau seumpamanya, sudah tentu bahan tersebut boleh digunakan insyaallah. Ini termasuk cara perubatan yang ditemui, hasil dari kajian melalui sebab musababnya.

Ini kerana perubatan yang dibenarkan itu terdiri daripada:
1. Perubatan dengan ayat-ayat al-Quran dan al-Hadith.
2. Perubatan dengan bahan-bahan yang disebut di dalam al-Quran dan al-Hadith seperti Madu, Habbah al-Sauda dan seumpamanya.
3. Perubatan berdasarkan kajian saintifik terhadap sebab-sebabnya, atau berdasarkan pengalaman mengunakannya.

Para ulama berbeza pendapat tentang hukum orang lelaki memakai gelang, sebahagian mengatakan harus dan sebahagian yang lain mengatakan haram. Namun para ulama yang mengharamkan pemakaian gelang bagi lelaki, setakat penelitian saya tidak ada yang menjadikan hadith di atas sebagai dalil dalam pengharam tersebut. Sebaliknya hadith tersebut banyak digunakan ketika berbicara tentang tangkal dan azimat yang dianggap dapat melindungi dan mengubati tanpa sebarang bukti dari nas syara’ mahupun kajian saintifik. Al-Sindiy ketika mensyarahkan hadith di atas di dalam Sunan Ibn Majah menyatakan larangan tersebut kerana ianya sama dengan al-Tama-im atau tangkal yang dilarang penggunaannya. Kadangkala tangkal itu digantung bersama dengan manik, yang dinamakan Manik al-Wahinah (خرز الواهنة)

Penggunaan sesuatu tangkal (terdiri dari potongan besi, tembaga, simpulan benang dan lain-lain) untuk berubat dan memelihara diri, ada perbezaan yang cukup besar dengan cara perubatan dengan sesuatu bahan hasil dari penemuan saintifik. Kepercayaan kepada tangkal yang dapat berubat adalah suatu khayalan yang tidak diterima di dalam syara’, dan ianya tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur perubatan. Berbeza dengan penggunaan sesuatu bahan hasil dari kajian saintifik dan terbukti memberi manfaat kepada manusia.

Kerana itu, al-Syeikh ‘Abdul Halim di dalam fatwa yang sama (yang saya sebutkan sumbernya di atas) membenarkan penggunaan potongan besi (yang digunakan dalam perubatan moden) yang ditanam pada beberapa gigi, atau di tempat-tempat tertentu di tubuh badan yang berperanan menyerap aliran elektrik yang boleh menjadi sebab seseorang hilang ingatannya (pengsan). Beliau menyambung jika seseorang pesakit mendapat manfaat dengan cara sebegini dengan pengakuan individu berkeahlian yang dipercayai, maka ianya tidak mengapa insyaallah. Cuma beliau di dalam fatwanya mencadangkan lebih baik jika bahan seperti potongan besi itu digunakan ditempat yang tersembunyi sebagai mengelak dari buruk sangka orang ramai.

Demikian juga di dalam laman islam-online, al-Ustaz Muhammad Sa’di (Penyelidik laman islam-online) ketika ditanya tentang hukum memakai gelang dari tembaga yang diperbuat bagi tujuan perubatan apakah dibenarkan atau ia termasuk di dalam Syirik yang kecil, beliau menjawab: “Jika terbukti kemanfaatan gelang tersebut sebagai perubatan, maka perbuatan itu tidak mengapa, adapun jika tidak ada padanya sebarang manfaat, maka jangan dipakaikan kerana ketika itu ia termasuk dalam kumpulan memakai tangkal dan azimat.”

(Sila lihat soalan ke 11: klik disini)

Seperti yang saya sebutkan di atas, para ulama berbeza pendapat tentang hukum pemakaian gelang bagi lelaki. Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut di sisi mazhab al-Syafieyyah terdapat dua wajah tentang hukum perhiasan lelaki selain cincin perak seperti gelang tangan dilengan (الدملج) dan gelang (السوار) dan kalung (الطوق) dan mahkota (التاج). Pertama mengatakan haram dan kedua mengatakan harus selama mana tidak menyerupai wanita, kerana tidak thabit dalam (pengharaman) perak melainkan pengharaman untuk bekas-bekas (seperti pinggan, mangkuk dll), dan perhiasan dalam bentuk menyerupai wanita. (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah 18/110 bawah bab al-Huliy)

Darul Ifta’al-Misriyyah pula di dalam laman webnya menyebut perkataan al-Rafi’e (ulama mazhab al-Syafie) di dalam Syarh al-Wajiz yang mengatakan harus bagi lelaki memaki cincin perak berdasarkan riwayat cincin Nabi saw daripada perak dan harus juga memakai selain cincin dari perhiasan perak seperti gelang dan gelang lengan dan kalung. Demikian juga perkataan Abu Said al-Mutawali yang mengatakan apabila harus memakai cincin perak, maka tidak ada beza antara jari-jari dengan anggota lainnya, sama seperti perhiasan emas yang dihalalkan untuk wanita, maka diharuskan untuk orang lelaki memakai gelang di lengan, kalung di tengkuk dan gelang di tangan dan selainnya kerana tidak thabit pengharaman perak melainkan pengharaman kepada bekas-bekas dan pengharaman menyerupai wanita.

(Sila lihat laman rasmi Dar al-Ifta’ al-Misriyyah: http://www.dar-alifta.com/)

Kesimpulan dari jawapan di atas ialah:

1. TIDAK HARAM berubat dengan gelang yang terbukti melalui kajian saintifik atau pengakuan individu yang berkelayakan dan boleh dipercayai agamanya.

2. Larangan memakai gelang yang dinamakan al-Wahinah di dalam hadith bukan merujuk kepada gelang semata-mata dan bukan juga merujuk kepada larangan berubat dengan gelang, sebaliknya ia merujuk kepada merubat dengan tangkal atau gelang yang hanya semata-mata tangkal.

Orang-orang yang menggunakan gelang atas sebab-sebab yang dibenarkan hendaklah memerhatikan yang mereka tidak sampai ke tahap yang dilarang seperti pembaziran dan menyerupai wanita dalam penggunaannya.

Sumber
Posted in Perhiasan, perubatan.



Hukum Lelaki memakai Gelang Bio Magnet

Labels:

Harus lelaki memakai gelang untuk berubat
Bersama: MOHD. FARID RAVI ABDULLAH

SOALAN 1
Baru-baru ini saya telah ditunjukkan sejenis gelang tangan yang bermagnet di mana ia mampu menstabilkan ion-ion di dalam aliran darah badan kita. Secara tidak langsung ia dapat memberi kebaikan dari segi kesihatan dan juga dapat menyembuhkan beberapa penyakit dengan izin Allah.

Saya ingin tahu apakah hukumnya bagi kaum lelaki untuk memakainya untuk kebaikan kesihatan?

JAWAPAN:

Islam menegah umatnya dari kalangan lelaki menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki. Namun sekiranya gelang magnet ini terbukti manfaatnya dari sudut perubatan dan diperakui keberkesanannya, maka ia harus dipakai oleh orang lelaki dengan tujuan berubat.

Di dalam Islam, ada kalanya Islam mengharuskan perubatan dengan perkara haram atau bahan yang haram. Cuma kaedah fikah mendasari perkara ini “sesuatu darurat (keperluan yang mendesak) diukur mengikut kadar keperluannya.”

Maksudnya gelang itu dipakai mengikut keperluan sahaja. Saya juga ada melihat orang lelaki memakai gelang tangan yang difahamkan dapat membantu kelancaran pengaliran darah. Asalkan gelang itu direka khas dan bentuknya untuk orang lelaki dan dimaklumi sebagai gelang membantu pengaliran dan kelancaran darah.


p/s: Sila buat rujukan sendiri untuk mengelakkan dari keraguan

"Apa saja yang meragukan dan masih was-was maka hukum tetap jatuh haram walaupun pada asalnya ianya halal". Jadi carilah ilmu dan kepastian dalam ilmu untuk menghilangkan rasa was-was. Mudah-mudahan kita manusia terpilih untuk diberi hidayah ALLAH SWT."



Demo 3

Labels:





Demo 2

Labels:





Demo 1

Labels:





Promotion Video





Plan Pemasaran (video) Part 2

Labels:




Part 1




Plan Pemasaran (Video) Part 1

Labels:




Part 2




Testimoni 4

Labels:





Testimoni 3

Labels:





Testimoni 2

Labels:





Testimoni 1

Labels:





Pelan Pemasaran

Kelayakan:-

E-Dymium Network Sdn Bhd menawarkan tujuh (7) peluang untuk anda untuk mendapatkan bonus hasil daripada usaha anda. Bonus-bonus tersebut adalah seperti berikut:-

1) Jualan Peribadi

Apabila anda telah didaftarkan secara sah sebagai ahli E-Dymium, secara automatik anda layak untuk menikmati keuntungan runcit produk E-Dymium diantara 10% – 15% bagi setiap produk.

2) Bonus Penajaan Terus (BPT)

  1. Melalui Bonus Penajaan Terus (BPT), anda akan menikmati bonus sebanyak 15%. Setiap penajaan terus daripada anda, membolehkan anda untuk menikmati pendapatan tajaan terus sebanyak 10% , manakala bonus 5% akan diperolehi daripada pendapatan “Direct Level” tajaan terus anda.
  2. Anda tidak diberikan had atau bilangan tertentu untuk membuat penajaan. Ini bermakna anda boleh rancang pendapatan yang ingin anda bina dalam BPT ini ( Direct Sponsor).

Contoh 1.1: Pengiraan Bonus Penajaan Terus (BPT)



3) Bonus Perkembangan Kumpulan (BPK) 15%

a) Bonus Perkembangan Kumpulan (BPK) boleh dinikmati apabila anda dan kumpulan anda memenuhi syarat-syarat berikut:-
  1. Anda mempunyai jualan peribadi sekurang-kurangnya sebanyak 100 PV.
  2. Kumpulan anda mempunyai PV terkumpul antara 100 PV sehingga 1600 PV. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) kumpulan yang memenuhi kriteria PV terkumpul antara 100 – 1600 PV. Dengan yang demikian, anda boleh membina lebih banyak kumpulan bagi menikmati BPK.

b) BPK adalah 15 peratus daripada PV terkumpul bagi setiap kumpulan yang layak.

Contoh 3.1: Pengiraan Bonus Perkembangan Kumpulan (BPK)


4) Bonus Perkembangan Kepimpinan (BPP)


a) Bonus Perkembangan Kepimpinan (BPP) boleh dinikmati apabila anda dan kumpulan anda memenuhi syarat-syarat berikut:-

  1. Anda mempunyai jualan peribadi sekurang-kurangnya sebanyak 100 PV.
  2. Kumpulan anda mempunyai jualan terkumpul minimum 6600 PV dalam tempoh 5 hari, bermula dari hari Isnin hingga hari Jumaat. Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) kumpulan yang memenuhi kriteria minimum 6600 PV. Anda boleh membina seberapa banyak kumpulan untuk menikmati BPP.

b) BPP dikira pada setiap minggu. Dengan yang demikian, anda akan menerima bonus ini sebanyak 4 kali dalam sebulan.
c) Kaedah Pengiraan yang digunakan dalam BPK adalah bagi setiap 6600PV, anda diperuntukkan dengan 0.5 mata. Sebagai contoh,

6600PV = 0.5 mata

Maka BPP yang anda nikmati adalah RM500

Contoh 4.1: Pengiraan Bonus Perkembangan Kepimpinan


5) Bonus Prestasi Kumpulan ( RM 100 / 50 PV)
  1. Untuk menikmati Bonus Prestasi Kumpulan, anda perlu sekurang-kurangnya mempunyai jualan peribadi 50 PV.
  2. Bonus Prestasi Kumpulan dikira berdasarkan kepada pangkat-pangkat yang diperolehi apabila anda dan kumpulan anda mencapai PV terkumpul dalam masa sebulan seperti Jadual di bawah.
  3. Bonus tersebut dikira melalui jumlah PV yang anda dan kumpulan anda hasilkan. Semakin tinggi PV yang terkumpul, maka semakin tinggi peratusan bonus yang anda boleh nikmati.
  4. Untuk mencapai pangkat Black Diamond dan ke atas, anda perlu menghasilkan pangkat-pangkat tertentu dalam kumpulan anda sepertimana yang ditunjukkan dalam Jadual.


6) Bonus Unilevel: 27%

  1. Untuk menikmati Bonus Unilevel, anda perlu mempunyai jualan peribadi, sekurang-kurangnya 50 PV.
  2. Pengiraan bonus adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual di bawah.


7) Bonus Kepimpinan Cemerlang (BKC)

  1. Bonus Kepimpinan Cemerlang (BKC) adalah lebih kepada pangkat atau level-level yang anda telah capai. Ianya lebih berbentuk anugerah atau pun penghargaan yang mana anugerah atau penghargaan tersebut akan dikongsi sama rata dengan pemimpin-pemimpin yang juga telah mencapai tahap tersebut seperti di bawah.
  2. BKC adalah kesinambungan daripada pangkat-pangkat yang telah diperolehi dalam Bonus Prestasi Kumpulan


*CTO - Company Turn Over





Bukti Golongan VIP Memakai eDymium




Dengan bukti ini, mengapa anda masih meragui gelang bio magnet eDymium?
Anda boleh membelinya untuk dipakai sendiri atau untuk menyertai Team kami untuk
menjana income yang tinggi. Keputusan ditangan anda! Cepat! Setiap jam yang anda gunakan untuk berfikir adalah masa untuk mereka yang bertindak sekarang menjana income!






Jenis-Jenis Bio-Magnet

Labels:

Kebanyakan biomagnets dibuat dari ferrites, iaitu gabungan kobalt, nikel, barium dan metal lain. Magnets yang fleksibel adalah gabungan plastik , getah atau bahan-bahan yang mudah dilenturkan. Biomagnets yang paling kuat adalah magnet yang dibuat dari Neodymium (Magnet nadir bumi).

Magnet-magnet Neodymium ini adalah amat bertenaga dan berupaya untuk bertindak pada kuasa magnetik dalam badan kita, tetapi secara mekanikalnya ia adalah rapuh dan akan hilang kuasa magnet jika didedahkan pada suhu di atas 176 darjah Fahrenheit atau 80 darjah Celsius.
Biomagnet diukur dari segi gauss iaitu garis daya per kawasan unit kutub.

Setiap elektron memang bergerak secara berputar sama seperti bumi berputar pada paksinya. Kebiasaannya elektron akan berputar secara rawak, tetapi apabila elektron-elektron ini dimagnetkan, kesemua pergerakan elektron akan bergerak secara melawan arah jam (ia akan menghasilkan medan negative magnet) atau mengikut arah jam (ia akan menghasilkan medan positif magnet).

Medan magnet bumi adalah penting kepada semua kehidupan di muka bumi. Kekurangan kuasa magnet bumi (4000 tahun dahulu medan magnet bumi adalah 4.0 gauss, pada hari ini ianya adalah 0.4 gauss) telah mengaitkan kepada pelbagai masalah di zaman millennia ini.

Teras kepada bumi iaitu kerak bumi adalah satu magnet yang amat besar dan kuasanya apabila sampai ke permukaan bumi adalah 0.4 gauss. Kuasa yang terhasil ini akan memasuki ke dalam sistem badan manusia, tumbuh-tumbuhan, binatang, dalam erti kata lain segala-galanya yang berada di dalam muka bumi ini. Secara logiknya, kuasa medan magnet bumi adalah penting di dalam kewujudan segala sumber kehidupan bumi.

sumber: edymium.com




AC Mizal duta eDymium

Labels:

Pelakon, penyanyi dan pengacara TV, AC Mizal dilantik menjadi duta bagi produk Gelang Bio-Magnetik E-Dymium. E-Dymium, sebuah syarikat usahawan bumiputera yang menawarkan produk penjagaan terapi kesihatan mengumumkan pelantikan artis itu yang juga merupakan pengguna kepada produk tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif E-Dymium Network Sdn. Bhd., Farid Shamsudin, keputusan melantik AC Mizal sebagai perantara di antara produk dengan komuniti pengguna, lahir setelah selebriti itu sendiri merasai keberkesanan pemakaian gelang ‘berkuasa’ itu.

“Pemilihan AC Mizal bertepatan dengan produk kami yang unik ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelantikan tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Gelang yang direka khas itu mempunyai barisan Magnet Neodymium ‘Biomagnet’ dipercayai mampu menyumbang kepada kesan-kesan terapi semula jadi untuk membantu melancarkan peredaran darah dan sistem saraf manusia.

Sementara itu, AC Mizal ketika ditemui melahirkan rasa gembira dapat bekerjasama dengan syarikat bumiputera tersebut.

“Saya tidak akan mempertaruhkan kredibiliti saya mempromosikan produk yang saya tidak tahu dan tidak pernah cuba atau tidak yakin dengan keberkesanannya,” jelasnya yang sebelum ini menghadapi masalah sakit sendi dan ketegangan otot yang menyukarkannya untuk tidur dengan lena.

sumber: Utusan




Terapi Bio-Magnet

Labels:

APAKAH TERAPI BIO-MAGNET ?

Terapi Bio Magnet dipercayai telah digunakan oleh masyarakat Cina 4000 tahun dahulu. Hari ini dengan penemuan sejenis magnet yang mempunyai ciri ciri sama seperti medan kuasa semulajadi bumi (Magnet Neodymium) telah menjadi revolusi kepada kaedah terapi bio magnet.

"Neodymium" Magnet semulajadi yang paling kuat yang ditemui awal tahun 80-an

Ia merupakan cara yang paling mudah, selamat, berkesan dan tiada kesan sampingan. Terapi Bio Magnet merangsang medan magnet manusia melalui titik-titik saraf. Ia meningkatkan sistem peredaran darah serta meningkatkan metabolisme dan kesihatan badan tanpa kesan sampingan. Pertubuhan Badan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan kenyataan secara formal bahawa terapi magnetik ini tidak mempunyai sebarang risiko terhadap sistem badan manusia.

Dengan menggunakan E-Dymium Bracelet (Terapi Bio-Magnet) dapat membantu :

o Membuang Angin/Kembung Perut
o Meningkatkan sistem peredaran darah
o Meningkatkan Metabolisme Tubuh
o Tenaga /Stamina Meningkat
o MeningkatkanTenaga Batin
o Meningkatkan kandungan Oksigen Dalam Darah
o Mengurangkan sakit Gout
o Mengawal Kesakitan & Penyakit
o Mengurangkan Kebengkakkan
o Melegakan Asthma
o Merawat Insomia/Sukar Tidur
o Tidur Lebih Lena
o Mengawal Kencing Manis
o Mengawal Darah Tinggi
o Mengurangkan Kandungan Kolesterol & Lemak
o Melegakan Senggugut
o Mengurangkan Sakit Otot/Belakang/Bahu dan Sakit Leher
o Melegakan Migrain
o Melegakan Stress
o Meningkatkan Daya Ingatan
o Daya Penglihatan Lebih Tajam
o Penghadaman Lebih Baik
o Mencegah Sembelit
o Menyahkan Toksin

Sel manusia mempunyai caj positif di bahagian tengah dan caj negatif di bahagian luar sel, dan ia mendapat caj semulajadi dari medan kuasa magnet bumi. Semasa sel melakukan tugasan harian, ia kehilangan caj menyebabkan sel menjadi reput. E-Dymium Bracelet yang mengalirkan kuasa tenaga-bio berupaya menembusi semua peringkat dan bahagian badan melalui aliran meridian, lantas dapat sampai pada setiap sel untuk mencaj dan membaiki semula paksi semulajadi sel.

Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh Dr. Carlos Valbona Baylor dari College Of Medicine, 76% pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan magnet-magnet tetap telah sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding dengan 19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit.

MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH

Setiap hari jantung kita mengepam darah yang mengalir sejauh 12,000 batu dalam badan kita. E-Dymium Bracelet membantu saluran darah menjadi kembang, lantas meningkatkan peredaran darah yang membawa kepada peningkatan bekalan oxygen dan khasiat penting dan memacu rembesan semulajadi Hormon Tumbesaran Manusia yang diperlukan untuk pembaharuan sel.

FAKTA MAGNET

Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub Utara Kutub Selatan atau juga yin - yang bagi masyarakat Cina. Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif.

Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan dan kealkalian ditentukan. Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan. Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet maka ia akan menarik di antara satu sama lain. Secara amnya, medan magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif (N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan. Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi dan positif adalah untuk kutub selatan bumi.

Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu.

SEJARAH TERAPI MAGNET

Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle pernah memperkatakan mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada magnet semulajadi untuk mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai kesakitan. Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet untuk melegakan "Gout" dan kekejangan otot. Teori di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia dan memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikkan kelancaran sistem saraf dan organ tertentu. Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik bertindak terhadap semua ini tidak dapat dijelaskan secara terang dan masih misteri.

Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana magnet "mengganggu" transmisi isyarat sakit ke sistem saraf tunjang. Tanggapan lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen dan nutrien seterus mengurangkan kesakitan dan bengkak. Terapi magnetik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot selain digunakan untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan. Ada yang mengatakan ia dapat mengurangkan tekanan, insomnia dan migrain disamping melawan jangkitan dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf



Gelang Bio Magnet

Apakah yang dimaksudkan dengan Terapi Magnet?
Terapi Magnet adalah satu kaedah terapi yang selamat, tidak memerlukan sebarang kemasukan/prosedur khas dan ianya hanya perlu diletakkan pada tubuh badan. Samada digunakan secara berasingan atau bagi merawat kecederaaan, terapi magnet menyediakan kaedah rawatan yang berkesan terhadap pengawalan kesakitan secara semulajadi dan merangkumi pelbagai keadaan menjadikan ianya satu pilihan terkini untuk semua orang. Ia juga membantu proses penyembuhan dan meningkatkan kualiti tidur tanpa menjejaskan atau mempunyai kesan sampingan.

Adakah terapi ini selamat digunakan?
Ya. Terapi magnet adalah disahkan selamat. Badan Kesihatan Sedunia ( World Health Organization ) telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan bahawa aliran magnetik yang statik tidak menjejaskan atau memberi risiko terhadap kesihatan pengguna. Sehingga kini tiada sebarang laporan dikemukakan asalkan ianya dikendalikan/digunakan dengan cara yang betul.
Ada beberapa keadaan dimana terapi magnet ini tidak boleh digunakan iaitu mereka yang menggunakan alat bantuan 'pacemaker', defibrillator, pam insulin atau sebarang alat implan atau ketika mengandung.

Adakah terapi ini mempunyai kesan sampingan?
Tidak.

Berapa lamakah terapi magnet ini telah digunakan?
Terapi magnet ini digunakan pertama kalinya oleh kaum China 4,000 tahun dahulu. Banyak budaya termasuk China, Greek, mesir dan Eropah menggunakan ia sebagai kaedah rawatan, meredakan simptom dan kesakitan. Walau bagaimanapun, saiz dan berat magnet pada masa itu menjadikan ianya sesuatu yang sukar untuk digunakan. Namun pada hari ini, dengan penggunaan bahan yang lebih kuat ianya meningkatkan kesedaran penggunaan terapi ini dengan jayanya. Ianya kini telah digunakan oleh hampir 150 juta orang diseluruh dunia. Sejak tahun 1960, kajian klinikal di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa terapi magnet ini berkesan bagi mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Negara Jepun dan banyak negara Eropah timur telah menjalankan beratus kajian selama 300 tahun dan kajian ini masih diteruskan dan didapati ianya banyak memberi manfaat secara meluas dan dalam pelbagai keadaan. Para doktor di Amerika Syarikat telah menggunakan terapi magnet ini didalam urusan pengendalian mereka dan didapati hasilnya terhadap pesakit amat memberangsangkan.

Bagaimana terapi magnet ini bertindak?
Kesemua fungsi fizikal dan mental dikawal oleh aliran elektromagnetik yang dihasilkan oleh pergerakan elektrokimia (ions) didalam tubuh badan kita. Apabila berlaku kecederaan dan kerosakan tisu, caj ions yang positif akan bergerak ke arah tempat tersebut, menyebabkan kesakitan dan kebengkakkan. Bagi membolehkan kesakitan dan kebengkakkan itu reda dan penyembuhan berlaku, aliran elektromagnetik pada tempat tersebut perlu dikembalikan kepada keadaan sebelumnya. (Mengembalikan imbangan)
Penggunaan aliran magnet ditempat sakit akan membantu mengembalikan imbangan aliran ke tahap normal. Aliran magnetik ini akan menganjalkan dinding pembuluh darah, termasuk disekitar otot dan tisu seterunya akan meningkatkan pengaliran darah. Lebih banyak oksigen dan nutrien akan dipindahkan ketempat yang sakit disamping toksin yang menyebabkan kebengkakan dinyahkan. Keseluruhan proses ini mengembalikan imbangan elektromagnetik keseluruh bahagian, meredakan kesakitan dan kebengkakkan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Adakah terapi magnetik ini diiktiraf sebagai salah satu kaedah rawatan alternatif?
Ya. Sebuah badan "National Center for Complementary and Alternative Medicine (NCCAM)" mengklafikasikan terapi magnet ini sebagai satu pendekatan perubatan menggunakan tenaga. NCCAM adalah salah satu dari 27 institut dan pusat yang merangkumi "National Institutes of Health" di Amerika Syarikat. NCCAM menyatakan "Magnet statik telah digunakan berkurun lamanya dalam usaha meredakan kesakitan. Pelbagai laporan telah dikemukan bahawa ramai individu mengalami pengalaman yang ketara dalam kaedah perawatan pada tubuh badan manusia."


Adakah terapi magnet ini menggunakan aliran yang sama seperti talian bekalan elektrik?
Tidak. Aliran elektromagnetik yang mengelilingi talian dan alat elektrik yang digunakan dirumah tiada kaitan langsung dengan aliran semulajadi yang dihasilkan oleh produk terapi magnet.

Sejauh mana keberkesanan terapi magnet ini?
Merujuk kepada pakar dalam bidang ini, produk terapi ini direkacipta dan jika digunakan dengan cara yang betul akan memberikan keberkesanan sehingga 80% - 90%.Hakikatnya, kaedah 'Biomagnetik' ini adalah kompleks dari kebanyakan apa yang kita rasakan. Mengetahui bagaimana ianya bertindak dan kadar keberkesanan bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan kemahiran yang khusus dari rekacipta, pengeluaran dan garis panduan kepenggunaan yang betul. E-Dymium telah mengambil langkah-langkah yang perlu dalam setiap rekacipta dan pengeluaran bagi memastikan keberkesanan produk terapi magnet yang disediakan kepada semua ahli dan pelanggan bagi menghasilkan keberkesanan yang terbaik.

Apakah yang dimaksudkan dengan kedalaman penetrasi dan kenapa ianya penting?
Kedalaman penetrasi dirujuk sebagai berapa jauh aliran magnetik ini akan meresap ke dalam tubuh badan kita. Ianya berbeza mengikut saiz dan kekuatan magnet. Ianya adalah penting. Kedalaman penetrasi adalah ukuran jarak aliran magnetik yang akan memberi keberkesanan yang ketara.

Cara terbaik bagi pengguna mengetahui sejauh mana keberkesanan magnet itu dapat melakukan penetrasi berlandaskan kepada beberapa prinsip asas berikut:
Aliran Magnetik akan berkurangan secara mendadak bersesuaian dengan jarak. Lebih jauh anda dari aliran maka kadar aliran akan menjadi lemah.

  1. Aliran magnetik bumi diukur pada ½ gauss (0.50 gauss). Peraturan asas fizik dan magnet menyatakan bahawa aliran yang kuat akan menyelubungi aliran yang lemah. Apa yang dimaksudkan ialah jika aliran magnet itu lebih rendah dari ½ gauss (0.50 gauss) maka ianya akan diselubungi oleh aliran magnet bumi dan tiada sebarang kesan terhadap kesan terapi.
  2. Secara teknikal, magnet yang mempunyai aliran yang kuat atau lebih dari ½ gauss barulah kesan terapi ini menjadi.

Apa yang menentukan keberkesanan produk terapi magnet?
Untuk keberkesanan, produk tersebut mestilah mengalirkan aliran yang cukup kuat untuk menembusi hingga ke tempat kecederaan. Seringkali kecederaan itu hanya berada beberapa inci dibawah lapisan kulit. Jika produk itu tidak direkacipta dengan teliti aliran magnet akan menurun dibawah tahap terapeutik sebelum ianya sampai kebahagian yang sakit, yang mana ianya tidak berkesan langsung.

Empat faktor menentukan kekuatan dan keberkesanan kedalam penetrasi (berapa jauh ia boleh sampai) terhadap produk aliran magnetik:

  1. Saiz magnet
  2. Jumlah magnet
  3. Polariti (negatif atau positif) menghala ke tubuh badan
  4. Gauss rating pengeluar

Kesemua empat faktor mesti diambil kira dalam menentukan keberkesanan produk terapi magnet. Edymium merupakan satu-satunya syarikat di Malaysia yang mengambil kira akan faktor tersebut.

Apakah yang dimaksudkan dengan'gauss rating' dan kenapa ianya banyak perbezaan diantara satu sama lain?
'Gauss rating' pengeluar merupakan jumlah tenaga aliran magnetik.
Fikirkanlah sama seperti emas dimana terdapat beberapa karat (10k, 14k, 18k, 24k). Ianya sama juga dengan magnet kerana nilai dan kualiti yang berbeza. Lebih tinggi gred maka lebih tinggi kadar 'gauss rating'.

Terdapat tiga jenis magnet yang digunakan dalam biomagnet:

  1. Magnet getah yang fleksibel - seringkali dirujuk sebagai magnet 'peti sejuk', jika digunakan sebagai magnet terapi ianya perlu lebih kuat dan tebal.
  2. Magnet seramik - terdiri dari kompaun yang dihasilkan dari strontium carbonate dan serbuk ferric oxide. Magnet seramik terdapat secara komersial dalam lingkungan 2300 gauss (grade 1), 3800 gauss (grade 5) dan 3950 gauss (grade 8).
  3. Magnet Neodymium - ini merupakan magnet yang terkuat. Ia merupakan gabungan nadir bumi, Neodymium dengan 'iron dan Boron'. Magnet Neodymium yang komersial biasanya 10,800 gauss (grade 27) atau 11,000 gaus (grade 30). Gred yang lebih tinggi merangkumi 12,300 gauss (grade 35) dan 12,800 gauss (grade 38) boleh diperolehi dari pengeluar khas.

Adakah 'gauss rating' merupakan petunjuk kepada bagaimana keberkesanan sesuatu produk tersebut?
Tidak. Saiz juga adalah penting. Magnet besar mempunyai ruang yang lebih lebar berbanding dengan bersaiz kecil. Ini bermakna ianya boleh menyimpan tenaga secara lebih seimbang dan selaras. Namun, 'gauss rating' pengeluar bukanlah indikator utama keberkesanan magnet tersebut.

Saya telah melihat produk dilaman web yang menyatakan 'gauss ratings' sehingga 280,000. Adakah ini dibolehkan?
Tidak. Alat / mesin MRI tidak mampu menjana tenaga sebanyak itu. Banyak syarikat menggunakan 'gauss ratings ' pengeluar bagi menokok tambah kekuatan magnet tersebut. Contoh, mereka mungkin menggunakan magnet yang mempunyai 'gauss rating' 12,300, tetapi magnet yang digunakan tersangat kecil dan hanya boleh menjana aliran yang kecil sahaja. Ini bermakna ianya tidak dapat meredakan kesakitan anda. Apabila anda melihat akan kadar 'gauss ratings' seperti 30,000, 100,000 dan 280,000 ini bermaksud bahawa syarikat itu mencampur kesemua jumlah 'gauss ratings' magnet tersebut. Ini satu penyelewengan dimana ianya tidak menggambarkan apa-apa dan ianya melanggar hukum fizik. Jika anda ada 28 magnet dengan keupayaan 'gauss rating' 10,000 setiap satu, maka jumlah 'gauss rating' anda masih 10,000 dan bukan 280,000.


Apa yang menyebabkan produk Edymium lebih berkesan dari yang lain?
Ianya bermula dengan keikhlasan dan keinginan kami untuk membantu seramai mungkin terhadap pemulihan dan menikmati kehidupan dengan sempurna. Kepakaran kejuruteraan dan pengeluaran membatasi apa yang kami lakukan dalam industri ini. Edymium menggunakan teknologi yang dipanggil biomagnetik bagi mengoptimakan kekuatan aliran dan penetrasi disamping menyalurkan pemulihan ditempat yang terjejas. Tidak seperti syarikat lain, Edymium menggunakan gred magnet yang telah melalui ujikaji menyeluruh. Kami memastikan bahawa nada meperolehi aliran magnet yang kuat yang boleh menyelubungi bahagian yang mengalami kesakitan lantas menyembuhkan dengan selesa. Ini bermakna anda perolehi:

  • Keberkesanan dalam meredakan kesakitan dan kebengkakkan
  • Penyembuhan yang cepat
  • Meningkatkan fleksibiliti
  • Mencegah dari berulang kecederaan yang sama
  • Selesa dan mudah
  • Peningkatan yang signifikan kearah pemulihan kesihatan

Berapa lama magnet Edymium boleh bertahan?
Magnet kita dijamin sepanjang hayat melainkan kecuaian pengguna yang boleh mengakibatkan kehilangan kuasa magnet gauss.

Adakah terapi magnet produk Edymium berkesan pada saya?
Kebarangkalian produk kami dapat membantu apa jua permasalahan anda. Telah terbukti bahawa keberkesanan dirasai oleh hampir 85 hingga 90 peratus pengguna - yang mana ini lebih baik dari rekod penggunaan perubatan di dalam pasaran.

Bagaimana boleh saya dapatkan hasil yang terbaik dari penggunaan terapi magnet ini?
Kunci utama pada terapi ini ialah kaedah pemulihan dengan penggunaan yang berterusan. Jika anda tidak menggunakan secara berterusan besar kemungkinan kesakitan yang anda alami akan berulang. Kadangkala kesakitan yang anda alami bukan datang dari tempat yang sakit itu. Contoh, sakit dilutut mungkin terhasil dari masalah pinggul. Jika terapi magnet tidak mendatangkan sebarang tindak balas cuba alihkan ke bahagian lain. Terapi magnetik juga boleh diletakkan pada punca / tempat akupuntur. Sila rujuk pada pakar akupuntur untuk mempelajari bagaimana anda dapat menggunakan magnet secara lebih berkesan.

Berapa cepat terapi ini bertindak?
Ini bergantung kepada keadaan serta telah berapa lama anda mengalami kesakitan. Setiap orang akan mengalami tindak balas yang berbeza. Secara keseluruhan mereka yang berusia akan lebih cepat terasa tindak balas berbanding dengan orang muda. Bagi kecederaan yang serius, kebanyakan mereka akan merasa perbezaan dalam sehari dua dan kadangkala dalam beberapa jam atau minit. Dengan kesakitan atau keadaan yang kronik, ianya akan mengambil masa yang lama iaitu beberapa hari atau minggu sebelum merasai proses pemulihan tersebut.

Bila boleh saya hentikan penggunaan terapi magnetik ini?
Walaupun kesakitan dan kebengkakkan mulai pulih, pemulihan tisu yang rosak akan mengambil masa yang lama. (Tulang dan tisu akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan) Menghentikan secara serta merta boleh mengakibatkan kesakitan itu berulang. Sekiranya anda berhenti menggunakan terapi magnet ini dan kesakitan berulang anda hanya perlu menggunakannya kembali.

Bagaimana terapi magnet ini membantu dalam pemulihan kecederaan?
Dengan cara menganjalkan kapilari dan salur pembuluh darah kecil sekitar otot dan tisu-tisu berkaitan, darah yang mengalir kebahagian kecederaan akan meningkat. Oksigen dan nutrien yang dibekalkan kebahagian tersebut akan bergerak dengan pantas dan toksin pembengkakkan dinyahkan dengan lebih berkesan.

Bolehkah aliran magnetik menembusi tulang?
Ya. Selagi magnet yang digunakan itu cukup kuat dan ianya mampu menembusi sehingga ke tulang. Itulah juga antara saranan kami kepada mereka yang menghidapi masalah sendi dan tulang.

Bagaimana terapi magnet memulihkan kesakitan belakang?
Terapi magnet terbukti berkesan dalam kaedah rawatan sakit belakang jika digunakan dengan betul. Dengan meningkatkan aliran bekalan darah, kadar paras oksigen meningkat. Ini akan mengaktif dan menghidupkan sel seterusnya menjana aliran caj elektrikal disekitar dan sekeliling sel bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Kesakitan dapat diredakan oleh aliran negatif yang berkerja untuk mewujudkan keseimbangan elektrokimia terhadap saraf-saraf.

Bagaimana terapi magnet meredakan kesakitan pada sendi?
Aliran megnetik mempengaruhi tabiat sel dengan mengekang caj elektrikal disekitar dan keseluruhan sel. Peningkatan aliran darah akan membekalkan oksigen dan nutrien dengan mengaktifkan dan menghidupkan sel. Peningkatan kalsium akan disalur kebahagian tersebut bagi proses baik pulih dan perkembangan kartilaj dan pada masa yang sama mengurangkan kesakitan.

Bagaimana terapi magnet dapat memulihkan kesukaran untuk tidur?
Terdapat dua cara, pertama bila mana suasana tidur sering terganggu hasil dari kesakitan yang berlaku sebelumnya. Bila terapi magnet digunakan ianya akan memperbaiki kualiti tidur dengan mengurangkan kadar kesakitan.
'Gland pineal', yang terdapat ditengah-tengah otak, akan mengeluarkan sejenis kimia yang dipanggil 'melatonin'. Peningkatan semulajadi pengeluaran 'melatonin' pada sebelah petang akan membolehkan kita mendapat tidur yang nyenyak. Kitaran ritma tidur (Circadian rhythms) diselaras oleh 'gland pineal' yang menggerakkan aliran pengeluaran 'melatonin' sepanjang hari. 'Gland pineal' yang mengandungi kristal 'magnetite' adalah sejenis sistem magnetikal yang sensitif yang dipengaruhi oleh aliran magnetik.Semakin kita berumur, pengeluaran 'melatonin' berkurangan, lalu menjadikan tidur malam kita semakin sukar. Kadangkala perubahan cuaca dan lain-lain juga menyumbang kepada kitaran tidur yang akan mengganggu tidur kita. Dengan menggunakan aliran magnet diluaran dalam bentuk gelang, pengeluaran 'melatonin' akan seimbang dan ritma 'circadian' akan diselaraskan.

Boleh saya gunakan magnet jika saya hamil?
Sekalipun tiada kajian menyeluruh terhadap aliran magnet ketika mengandung. Protokol antarabangsa menyatakan bahawa magnet tidak boleh digunakan dalam masa 3 bulan pertama semasa hamil. Untuk lebih selamat, kami sarankan anda tidak menggunakan magnet sepanjang tempoh kehamilan tersebut.

Bolehkah magnet menjejaskan alat surgikal atau sebarang pemasangan dalam tubuh badan (pin / plate)?
Tidak. Pin surgikal, plate, skrew dan objek yang lain bukan magnetik ynag terdiri dari bahan keluli tidak mengganggu gugat peralatan tersebut.

Bolehkah gelang ini digunakan ketika beriadah?
Ya! Gelang magnet Edymium direka untuk memberikan keberkesanan sekali pun anda aktif dan akan menyalurkan keluar aliran haba dan peluh dengan lebih berkesan. Ini memberikan keselesaan dan mengekang peningkatan kepanasan suhu badan. Pemakaian gelang ini mungkin boleh menghindarkan kecederaan ketika beriadah.